* Tanya Vet. Anda *



Tuesday, August 26, 2008

Peraduan menulis artikel kisah penternak

RM100 sedia untuk dimenangi, bank in terus ke akaun anda..
Info lanjut
Klik Sini


Peraduan Menulis Artikel
kisah-penternak


Hadiah bernilai lebih RM100!! sedia untuk menjadi milik anda...


Rebutlah peluang memenangi hadiah wang tunai dengan menyertai "Peraduan Menulis Artikel kisah-penternak". Tulis cerita benar tentang seorang penternak yang anda pilih dan hantarkan kepada kami, panel penilai kami akan menilai artikel anda.

5 Artikel terbaik akan dipilih sebagai pemenang bakal menerima wang tunai RM100 setiapnya.. peraduan akan diadakan selama 3 bulan bermula September hingga November 2008. Jangan tunggu lagi..

tarikh tutup 30 November 2008


Bagaimana menyertai:
1. Pilih penternak berdekatan dan tuliskan kisah tentangnya
2. E-mailkan artikel anda kepada dodon[at]dodon.org
3. Gunakan format borang
Klik Sini

Terma & syarat:
1. Kisah - penternak yang ditulis hendaklah asli dan bukan diciplak dari mana-mana sumber
2. Mesti memasukkan gambar-gambar berkaitan ladang penternak & penternak (sebagai bukti)
3. Anda boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan, setiap artikel mestilah dihantar dalam format word
4. Pemenang akan dihubungi melalui SMS dan email
5. Sesiapa sahaja boleh menyertai, kecuali krew www.dodon.org
6. Setiap artikel yang diterima akan menjadi hak mutlak www.dodon.org dan hakcipta terpilih akan dipegang oleh www.dodon.org 7. Pemenang akan diumumkan dalam laman web www.dodon.org pada 15hb bulan Disember
8. Hadiah akan di poskan menggunakan pos ekspress ataupun bank in ke akaun pemenang
9. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan
10. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang aduan bantahan atau rayuan tidak akan dilayan


Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Info lanjut Klik Sini

Tuesday, August 19, 2008

TILMICOSIN

Kali ini saya akan membincangkan perkara berkaitan 'Tilmicosin'. perkara ini sebenarnya telah ditanyakan oleh seorang pengunjung di laman web penternakan www.dodon.org ;

Anjali : dr.apakah timilcosin.adakah info mengenainya

Dr. Dodon : timilcosin @ tilmicosin? - Tilmicosin adlh sejenis antibiotik, efektif pd salur pernafasan. Biasa digunakan sebagai prophylactic atau rawatan

Demikian soalan dan jawapan ringkas berkaitan Tilmicosin, ianya amat ringkas oleh yang demikian perkara ini dibincangkan lebih mendalam dalam ruang ini.


Pengenalan: Apa itu Tilmicosin?
Tilmicosin adalah sejenis macrolide antibiotic yang disintesis daripada Tylosin. Ia efektif melawan bakteria daripada kumpulan gram-positive seperti Mycoplasma spp., Haemophilus spp., dan patogen menjangkiti sistem pernafasan seperti Pasteurella multocida & Pasteurella haemolitica.


Bila digunakan dan bagaimana ?
Boleh digunakan sebagai rawatan atau sebagai prophylactic (pencegahan). Satu dose suntikan akan memberi kesan selama 72 jam (3 hari). Penyediaan dalam bentuk suntikan atau premix dalam makanan.

Dose suntikan (Lembu);
10mg/kg suntikan subkut. Elakkan suntikan intramuscular (im) dan intravenous (iv)!
Withdrawal time : 28 hari
Anak lembu sebelum dipindahkan untuk projek fidlot boleh disuntik Tilmicosin bagi mengurangkan insiden penyakit sistem pernafasan.


Bahaya!
  • Tilmicosin bersifat cardiotoxic
  • Jangan melebihi dose yang disyorkan
  • Elakkan tersuntik pada diri sendiri
  • Jangan suntik pada haiwan kesayangan, kuda - sangat toksik
  • Jangan suntik secara im atau iv

Pautan berguna untuk rujukan
Strategies for Residues Control Programmes , Evaluation of Tilmicosin by European Agency , Kisah kematian 2 orang penternak di US akibat tersuntik Tilmicosin

Dr. Dodon

Wednesday, August 13, 2008

Sebuah kisah yang menyayat hati : Ibu mati setelah mengalami kematian anak dalam 'rahim'...

Ibu mati setelah mengalami kematian anak dalam 'rahim', kesian rusa ini...


Sejarah / Latarbelakang

Ladang mengamalkan penternakan secara ekstensif, lepas bebas meragut di kawasan padang ragutan. Setiap pagi diberikan kosentrat (pallet). Terdapat 48 ekor ternakan rusa.
Seekor rusa betina didapati mati pada pagi 13 ogos 2008.

Pada hari sebelum kematian (12 ogos 2008), rusa berkenaan mengalami distokia (kesukaran untuk beranak), pemeriksaan mendapati anak dalam kandungan telah mati dan terpaksa dikeluarkan secara manual dengan menarik keluar. Anak yang mati dapat dikeluarkan tetapi tali pusat dan uri (placenta) tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.


Pemeriksaan Fizikal (sebelum Post Mortem)

Penemuan pemeriksaan fizikal sebelum post mortem :
1. Keadaan bangkai - baik
2. Bulu sedikit kusut.
3. Konjungtiva & gusi sedikit mengalami haemoraj
4. Bahagian abdomen kembung
5. Placenta sepanjang 10-15cm terkeluar melalui vulva yang sedikit mengalami pembengkakan
6. Tempoh kematian dijangkakan antara 8-12 jam.

Placenta terkeluar daripada sistem peranakan, vulva sedikit bengkak.


Penemuan post mortem

Penemuan lesi semasa post mortem :-
1. Keseluruhan organ slightly haemorrhage.
2. Paru-paru - Kosistensi paru-paru normal tetapi sedikit mengalami hemoraj.
3. Jantung, hati, ginjal & Limpa - Normal
4. Uterus - Permukaan luar kelihatan pucat, tidak membengkak. Keratan mendapati terdapat 'uri' dan placenta yang masih melekat pada dinding uterus. Kandungan uterus juga berbau busuk.

Keseluruhan organ mengalami hemoraj.


Keadaan paru-paru yang mengalami hemoraj


'Uri' masih terlekat pada uterus dan berbau busuk


Diagnosis

Disyaki mati akibat pregnancy toxemia

Dr. Dodon
www.dodon.org