* Tanya Vet. Anda *



Friday, June 27, 2008

Rusa bergelimpangan mati di bawah pohonan kayu..

Rusa bergelimpangan mati di bawah pohonan kayu..


Rusa dalam gambar dibawah bukanlah sedang tidur beramai-ramai, tidak juga sedang bergurau senda atau 'posing' untuk diambil gambar tetapi rusa-rusa ini telah menemui ajal di bawah pohon itu. Bukan seekor atau 4 ekor tetapi belasan lagi mati dalam kawasan yang sama dan dengan tanda klinikal yang serupa.

Kesian rusa-rusa ini mati sia-sia dek sambaran petir..
Kenapakah ia berlaku? Pernahkah anda melihat sekumpulan ternakan mati 'bergelimpangan' seumpama ini dalam padok?..

Kes kematian ini adalah kejadian benar yang berlaku di sebuah ladang di Johor. Menurut pemilik ladang beberapa ekor rusanya mati mengejut di sekitar kawasan pohon kayu yang menjadi teduhan ternakan terbabit. Tiada sejarah tentang tanda-tanda sakit sebelum kematian, malahan ternakan tersebut dalam keadaan sihat dan mempunyai skor badan yang ideal. Tidak pernah berlaku kejadian seumpama sebelum ini. Beliau juga melaporkan tentang kejadian hujan-petir pada malam sebelum kematian itu berlaku.

Pemeriksaan

Pemeriksaan sedang dijalankan oleh veterinarian

Penemuan pemeriksaan :-

1. Kesemua mati dalam keadaan terbaring 2. Keadaan bangkai badan baik. Dijangkakan kematian berlaku kurang 8 jam sebelum ditemui mati. 3. Hampir kesemua ada tanda 'burn mark' (tanda terbakar - lebam hitam) pada badan. 4. Pendarahan pada rongga hidung, telinga dan mata. 5. Mata kemerahan dan 'terjojol' keluar 6. Kesemua bangkai ditemui di kawasan yang sama iaitu sekitar pokok teduhan.



Cecair bercampur darah kelur daripada hidung.


Konjungtiva mata mengalami hemoraj dan bengkak



Senarai Diagnosis Keberangkalian bagi kes kematian mengejut :-

1. Lightening strike (disambar petir)
2. Blackleg (terdapat tanda kekejangan pada bangkai)
3. Serangan Blood Protozoa (ada tanda-tanda klinikal bbrp hari sebelum kematian)
4. Bloat/Kembung (tanda kembung pada bangkai)
5. Patukan ular berbisa (terdapat tanda patukan pada mana-mana bahagian badan)
6. Keracunan (tanda diarea dan bahan beracun di sekitar kawasan kematian)
7. Anthrax (kematian tidak semestinya pada satu kawasan yang sama)
8. Mati dibunuh? - tembakan, tetakan, sembelihan dll


Kesimpulan

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan tersebut dapat disimpulakan bahawa kematian rusa-rusa itu adalah disebabkan oleh 'sambaran kilat' (lightening strike). Kejadian seumpama ini biasa berlaku pada ternakan yang dilepaskan meragut dalam padok. Dalam kes ini hujan-petir yang berlaku pada malam sebelumnya kemungkinan telah 'memanah' pohon kayu dimana rusa-rusa tersebut berteduh, biasan cas-cas elektrik daripada panahan petir tersebut mengenai sebahagian rusa dan membawa kepada kematian.



Tindakan ?
  • Jangan panik
  • Tidak perlu lakukan post mortem bagi kematian akibat 'lightening strike'
  • Musnahkan bangkai - tidak boleh dimakan kerana tidak disembelih ;)
  • Masukkan ternakan dalam kadang sekiranya hujan-petir berlaku
  • Sekiranya tidak pasti tentang punca kematian - panggil pegawai veterinar daripada Jabatan perkhidmatan Veterinar untuk pengesahan.

PS: Petir akan menyambar bahagian yang paling tinggi pada sesuatu struktur/pokok, cas-cas elektriknya yang bervoltan tinggi akan dibiaskan pada struktur-struktur sekitarnya. So, jangan berteduh dibawah pokok (walaupun pohon rendang) pada waktu hujan-petir berlaku.

Peraduan Menulis Artikel penternakan

Wang tunai sebanyak RM50 sedia untuk dimenangi ..sertai peraduan menulis artikel..

Siri Bulan MEI dimenangi oleh : En.Ruzain Syukur B Mansur beliau memenangi hadiah RM100, sekeping CD panduan menulis kertas kerja dan senaskah buku penternakan sumbangan JPV..

Sekirannya anda berminat.. bolehlah hantarkan artikel anda kepada kami
Info lanjut Klik Sini

terma & peraturan terpakai

Dr. Dodon
www.dodon.org
Laman Web Penternakan

Saturday, June 21, 2008

Kebajikan Ternakan ... ?..



Kebajikan.. apa itu?

Seringkali kita dimomokkan dengan perkataan 'kebajikan', perkataan ini begitu indah maksudnya namun kadangkala pedih kita melihat kebajikan sesetengah golongan diabaikan. Golongan yang seringkali dilupai ialah 'ternakan'. Manusia begitu ghairah untuk mengusahakan perusahaan penternakan demi mengejar keuntungan yang berlipatkali ganda sehinggakan membelakangi 'kebajikan ternakan'. Ada juga golongan yang begitu lantang memperjuangkan 'kebajikan ternakan', namun tahukah anda apakah erti kebajikan bagi ternakan ?.. kalau anda menggaru-garu kepala yang tidak gatal maksudnya anda pun tidak tahu.. opsss tidak pasti..

si kecil yang 'terpenjara', tiada kebebasan..mana kebajikan :p

Sebenarnya 'kebajikan ternakan' adalah meliputi 'lima kebebasan' berikut : -

1. Bebas dari lapar dan dahaga.
2. Bebas dari ketidakselesaan kehangatan dan fizikal.
3. Bebas dari kesakitan, kecederaan dan penyakit.
4. Bebas dari keresahaan.
5. Bebas untuk mempamerkan perilaku dan fisiologi yang semulajadi.

Nah.. sekarang maksud 'kebajikan ternakan' dah terjawab.. adakah ternakan anda mendapat 5 kebebasan ini ?... tepuk dada tanya diri :-)

... BERKHIDMAT DEMI KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA & KEBAJIKAN TERNAKAN...