MENGENALI TERNAKAN SAKIT
Menjadi seorang penternak bukanlah suatu pekerjaan yang perlu dipandang ringan, banyak perkara perlu diambil perhatian. Penternak yang ‘baik’ tidak akan mengejar keuntungan dengan mengabaikan kebajikan ternakannya. Salah satu aspek kebajikan yang perlu diambil perhatian adalah kesihatan ternakan. Sebagai penternak, sepatutnya peka pada perubahan yang ditunjukkan oleh ternakannya. Untuk ini seseorang penternak perlu tahu tanda-tanda ternakan yang tidak sihat. Berikut adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh ternakan yang sakit:
1. Mengasingkan diri daripada gerompok, tidak makan atau keadaan postur badan yang abnormal seperti; kepala tertunduk kebawah.
Tindakan - Asingkan ternakan ini dan lakukan pemeriksaan lanjut.
2. Najis cair / keras – sekiranya keadaan najis terlalu cair atau keras, kemungkinan ternakan sakit atau berlaku ketidakseimbangan diet.
Tindakan – Najis cair ; Ambil sampel tinja / makanan untuk di analisa dimakmal. Rawat dengan anti-direa (e.g. Kaolin-pectin). Najis keras ; Kaji semula pemakanan. Berikan minum laksatif (e.g. minyak masak)
3. Sendi Bengkak (atritis) – kecederaan, jangkitan, navel ill.
Tindakan – Asing ternakan, rehatkan, suntuk ubat anti-keradangan (e.g. )
4. Kurus ; kemungkinan kecacingan, kurang makan, jangkitan.
Tindakan - Ambil tinja untuk sahkan kecacingan (jika positif deworm), kaji semula diet yang diberikan. Suntik multivitamin, sediakan
5. Bengkak bawah dagu – tanda kecacingan / kanser kelenjar tiroid (goiter)
Tindakan – Deworming / Pembedahan
6. Tempang, pergerakan abnormal – foot rot, tetanus, kecederaan.
Tindakan - periksa kaki, rawat mengikut penemuan
7. Bulu kusut – pemakanan tidak seimbang, jangkitan, kecacingan.
Tindakan – kaji penyebab dan rawat
8. Cecair dari rongga (hidung, vulva, mata dll) – kemungkinan berlaku jangkitan atau kecederaan dalaman
Tindakan – Buat pemeriksaan, ambil sampel swab jika perlu, rawat mengikut penemuan