* Tanya Vet. Anda *



Tuesday, January 22, 2008

Ubat: Vitamin K3

VITAMIN K3

Vitamin K merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak, ia menggalakkan pembentukan prothrombin dalam sistem peredaran darah. Prothrombin merupakan unsur penting dalam pembekuan darah, ketiadaannya akan melambatkan proses pembekuan darah dan seterusnya menyebabkan kehilangan darah yang berlebihan.


Ternakan mendapat bekalan vitamin K daripada tumbuhan hijau, walaubagaimanapun dalam kes pendarahan yang akut, pemberian vitamin K perlu dilakukan bagi memberhentikan pendarahan dengan segera.


Dilapangan, penggunaan vitamin K disyorkan bagi kes-kes berikut:

1. Selepas melakukan pembedahan major (mengawal pendarahan)
2. Kes luka/kemalangan yang menyebabkan pendarahan (mengawal pendarahan)
3. Cacing hati (mengurangkan risiko pendarahan dalam hati)
4. Kes koksidiosis (mengawal pendarahan dalam usus - diberikan bersama ubat anti-coccidia)



Dos bagi Lembu dan kambing:

* Kawal pendarahan
1mg/kg ; (1ml/50kg), Suntikan i.v, i.m atau oral.

* Rawatan pendarahan
1mg/kg ; (4ml/100kg), ulang suntikan selepas 8-10 jam pada dos yang lebih rendah (2ml/100kg). Suntikan i.v atau i.m.



Nota:
Dalam perubatan manusia, kajian berkaitan penggunaan vitamin K sebagai alternatif kepada rawatan kanser sedang giat dijalankan. Mungkinkah vitamin K akan digunakan sebagai penawar kanser pada ternakan pada masa akan datang?...

Ubat : Fercobsang

VITAMIN: FERCOBSANG ®

Apakah itu FERCOBSANG® ?

Ferobsang adalah sejenis vitamin yang sering digunakan dalam perubatan haiwan. Selalunya diberikan kepada ternakan yang mengalami kekurangan mineral dalam badan.

Kandungan FERCOBSANG® ?

* Cobalt (Cobalt Gluconate)
* Copper (Copper Gluconate)
* Iron (Ferrous Ammonium Citrate)
* Liver Extract
* Vitamin B1 (Thiamine Hydrochloride)
* Vitamin B12
* Vitamin B3 (Nicotinamide)


Bilakah FERCOBSANG® patut diberikan ?

1. Ternakan yang kurang darah, pucat (anemik) (Kambing; 5ml, Lembu; 10-20ml)
2. Ternakan yang mengalami kecacingan (diberikan selepas ubat nyahcacing diberikan)
(Kambing; 5ml, Lembu; 10-20ml)
3. Ternakan yang kurus (kekurangan vitamin) (Kambing; 2-5ml, Lembu; 10-20ml)
4. Ternakan yang aneroxic (tiada selera makan) (Kambing; 2-5ml, Lembu; 10-20ml)
5. Ternakan yang mengalami jangkitan protozoa darah (ubat anti-protozoa juga diberikan)
(Kambing; 2-5ml, Lembu; 10-20ml)
6. Ternakan yang mengalami general debility (Kambing; 2-5ml, Lembu; 10-20ml)
7. Ternakan yang terbaring lemah (Kambing; 5ml, Lembu; 10-20ml)
8. Anak kambing yang dilahirkan lemah (umur seminggu; 1-2ml suntik bawah kulit)
9. Anak lembu yang dilahirkan lemah (umur seminggu; 5-8ml suntik bawah kulit)
10. Sebelum cerai susu (kambing; 2-3ml suntik intraotot, lembu; 8-10ml suntik intraotot)

Cara Pemberian ?

Ia diberikan secara suntikan intraotot (i.m), bawah kulit (subutaneous) atau secara oral (minum).

Dos

Lembu
* Dewasa - 20 ml
* Anak - 10 ml

Kambing
* Dewasa - 5 ml
* Anak - 1-2 ml

suntikan diulang selepas 48 jam sekiranya perlu.

Monday, January 21, 2008

Laman Web Penternakan

video

..Selamat Tahun Baru 2008..




video


Hey !!.. Selamat tahun baru 2008..


semoga azam baru kalian tercapai..