* Tanya Vet. Anda *



Wednesday, September 3, 2008

Kes : Nyahkutu dengan minyak diesel

Soalan
Salam untuk Dr. Dodon,

Saya ada cerita yang mungkin menarik jugak tapi mungkin tidak pelik bagi Dr. Our Company ada masukkan kambing jamnapari sebanyak 140 ekor. kami membuat treatment untuk kambing dengan mendapat khidmat nasihat dari seseorang (nama dirahsiakan).

Sebagai permulaan kambing kami dirawat untuk mencegah dari kutu sekali dengan cacing, apa yang dinasihatkan ialah memandikan dengan minyak diesel, tindakan ini menyebabkan seekor kambing kami mati akibat kulit menjadi seperti melecur. nasib baik hanya satu plot kandang sahaja yang sempat dibuat treatment sebagai contoh supaya kami meneruskan treatment tersebut. Saya nak tanya Dr. Dodon, apakah kaedah itu betul atau apakah ada kaedah lain untuk merawat kutu sekali dengan rawatan cacing. mohon pandangan nasihat Dr.Dodon bagi merawat binatang tersebut.
~~~~~~~~~~~
Daripada
Rohani Salimi
~~~~~~~~~~~
.
Jawapan
Salam Pn. Rosnah,
.
Hmm menarik juga story tu.. selama ini, apa yang saya tahu minyak diesel digunakan sebagai minyak kenderaan agar kenderaan boleh bergerak, tidak sangka pula boleh digunakan untuk memandikan ternakan - tp agak benar juga teori tu, akhirnya seekor ternakan puan dah 'jalan' =).
.
Sebenarnya ada juga penternak yang menggunakan diesel sebagai bahan untuk 'merawat' ternakan yang sakit, ada yang sembuh (kebetulan?) dan ada yang bertambah teruk (sebagaimana kes kambing puan).Tindakan menggunakan minyak diesel untuk nyahkutu dan nyahcacing bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana bahan tersebut boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diigini seperti melecur dan mungkin akan ada kesan jangka panjang - siapa tahukan. Kegunaannya pun untuk menggerakkan kenderaan.
.
Biasanya bagi ternakan yang baru dibeli dan ditempatkan di ladang kita, ianya patut dikuarantinkan sekurang-kurangnya 2-3 minggu. Sepanjang tempoh kuarantin ini, ternakan 'disimpan' dalam kandang atau kawasan terhad yang berpagar, diberi makan dan minum sahaja (boleh tambah multivitamin dalam minuman), disamping itu pemerhatian terhadap tanda-tanda penyakit perlu dilakukan - asing dan rawat ternakan yang sakit dengan segera. Tempoh dua hingga tiga minggu ini akan menentukan tiada penyakit berjangkit yang dibawa oleh ternakan terbabit, disamping itu dapat membiasakan ternakan itu dengan persekitaran baru. Jangan melakukan apa-apa program yang boleh mendatangkan stress melampau kepada ternakan. Stress boleh menyumbang kepada kejadian penyakit akibat penurunan tahap imuniti ternakan tersebut.
.
Selepas tempoh kuarantin, barulah ternakan boleh 'diusik', antara program penting yang perlu dilakukan ialah :
1. Pemberian ubat nyahcacing secara oral/suntikan (contoh ubat nyahcacing oral= Albendazole, Fenbendazole, & Suntikan = Ivermectin)
2. Pemberian ubat nyahkutu (contoh cydectin Pour On - diberikan secara 'menuangkan' ubat tersebut sepanjang garisan tulang belakang, agak mahal RM200+ untuk botol 500ml, atau Ivermectin secara suntikan)
3. Suntikan vitamin :Contoh; Multivitamin (umum - supplement), Fercobsang (ternakan yang lemah)Vitamin b-co (tiada selera makan).
4. Selang seminggu lakukan suntikan vaksin seperti Heptavac(R) - vaksin melawan jangkitan clostridium dan pasteurellosis (jika perlu - biasanya bagi ternakan yang meragut dalam padok)
.
Nota: Ivermectin adalah sejenis broad spectrum anthelmintic - kesannya sebagai nyahkutu dan nyahcacing serta mencantikkan bulu bagi pets, bermakna hanya satu suntikan tiga perkara selesai tapi ubat ni pun agak mahal namun demikian ianya berbaloi (Rm400+ setiap botol 200ml, penggunaan 1-2ml setiap ternakan)
.
Terima kasih, harap ini membantu
.
Salam Penternakan
Dr. Dodon
Laman Web Penternakan

0 Komen: