* Tanya Vet. Anda *



Tuesday, September 9, 2008

Kes : Distokia (kesukaran untuk beranak)

SOALAN

Doc, bagaimana untuk handle atau prepare lembu yg menghadapi komplikasi melahirkan anak lembu

Guest

Bagaimana jika ibu lembu mengalami komplikasi melahirkan anak lembu, mati dlm kandungan, cara untuk avoid this things ?

rays

.
JAWAPAN

Dua pertanyaan diatas adalah menjurus kepada masalah distokia. Distokia adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan ternakan yang mengalami kesukaran untuk beranak.

Biasanya distokia berlaku apabila anak dalam kandungan berada pada
(1) posisi yang abnormal, contoh kaki belakang keluar dahulu, leher anak lembu terpulas kebelakang yang menyebabkan ia tersangkut dibahagian tulang pelvik.

(2) Selain itu, anak lembu terlalu besar - baka penjantan bersaiz besar berbanding betina (cth penjantan droughmaster 'dikawinkan dengan lembu betina KK).

(3) atau salur pelvik (pelvic canal) terlalu sempit, ini biasanya berlaku pada lembu yang beranak pertama kali (heifer).

(4) Ketidakupayaan dinding uterus ibu lembu untuk menolak anak keluar semasa proses kelahiran


Jadi bagaimanakah untuk mengatasi sekiranya berlaku distokia ?
Cara rawatan adalah bergantung kepada penyebab distokia itu sendiri, bagi masalah

(1) posisi anak lembu perlu diperbetulkan, dimana kepala dan dua kaki hadapannya keluar dahulu. Ianya dilakukan dengan memasukkan tangan (pakai gloves yang disapu pelincir, cth cecair parafin) ke dalam melalui vagina lembu dan membetulkan kedudukan anak lembu secara manual. Setelah diperbetulkan barulah anak lembu tadi di tarik keluar secara perlahan-lahan mengikut tempo ibu lembu meneran ( dilihat melalui penguncupan uterus-dinding abdomen).

(2) dan (3) perlu melakukan pembedahan caeserean untuk mengeluarkan anak. dilakukan Veterinar yang berkepakaran.

(4) Jika pemeriksaan mendapati posisi anak dalam keadaan normal dan saiznya tidak terlalu besar atau salur pelvik tidak sempit maka perlulah menyuntik hormon oksitosin (oxytocin) untuk merangsang penguncupan (meneran) dinding uterus agar anak lembu tadi dapat dikeluarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, bantu keluarkan anak dengan cara menarik kedua-dua kaki hadapan anak lembu secara manual.

Pencegahan ?
  • Jangan biakkan lembu yang ada sejarah mengalami distokia.
  • Biakkan heifer (lembu dara) yang benar-benar matang dan cukup beratnya.
  • Jangan inseminate (A.I) lembu baka kecil dengan semen baka penjantan bersaiz besar!
  • Jangan overfeeding - takut nanti saiz anak terlalu besar..

Gambar-Gambar akan dimasukkan kemudian..


0 Komen: