* Tanya Vet. Anda *



Sunday, September 7, 2008

Kes : Calf & Colostrum

.
Soalan
~~~~~~~
Bagaimana cara yg betul penjagaan anak lembu friesian, cara pemakanan untuk 1 bulan pertama, amount (liter) of colustom should be given to the new born
.
Guest
.
.
Jawapan
~~~~~~~
Pengurusan anak lembu friesian pada bulan pertama adalah sama seperti apa yang dilakukan untuk baka-baka lain.
.
Pemberian kolostrum kepada anak lembu yang baru lahir amatlah penting kerana sistem imunitinya masih belum berkembang. Anak lembu yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada antibodi daripada kolostrum untuk pertahanan tubuhnya sehingga berumur 1 hingga 2 bulan. Kolostrum mengandungi antibodi atau immunoglobulin (Ig), ianya penting untuk melindungi anak lembu daripada serangan penyakit. Imuniti yang diterima ini dikenali sebagai imuniti pasif.
.
Berapa banyakkah kolostrum diperlukan oleh anak lembu? Secara umumnya anak lembu yang baru lahir perlu mendapat kolostrum sekurang-kurangnya 5% hingga 6% daripada berat badannya dalam tempoh enam jam pertama dan di ikuti 5% hingga 6% daripada berat badannya selepas 12 jam. Contohnya anak lembu seberat 20kg memerlukan 1 liter hingga 1.2 liter.
.
Kenapakah pemberian kolostrum dalam tempoh 24jam selepas kelahiran amat penting? Apabila anak lembu mencapai umur 24jam, keupayaan penyerapan antibodi dalam kolostrum oleh sistem penghadaman akan berkurangan. Penyelidikan mendapati dalam tempoh enam jam pertama anak kambing mampu menyerap 66% immunoglobulin dalam kolostrum, manakala pada umur 36jam selepas kelahiran anak lembu hanya mampu menyerap 7% daripada immunoglobulin dalam kolostrum. Selain mengandungi antibodi, kolostrum juga menjadi sumber protein, gula, lemak, dan vitamin A & E.
.
Sekiranya anak lembu menghadapi masalah untuk menyusu kolostrum daripada ibunya (akibat lemah) atau kurang kolostrum daripada ibu maka perlulah memberikan kolostrum menggunakan botol susu. Sekiranya kolostrum daripada ibu lembu tidak mencukupi, boleh berikan kolostrum daripada ibu lain atau kolostrum buatan.
.
Penyimpanan Kolostrum :- Kolostrum perlu diperah dalam tempoh 24jam selepas beranak. Diisikan dalam botol kemudian disimpan di dalam peti sejuk. Boleh disejukbekukan untuk mengekalkan kuailiti (boleh bertahan sehingga setahun). Dicairkan (thaw) semula secara perlahan-lahan dengan menrendamkan botol kolostrum dalam air suam atau menggunakan ketuhar gelombang.
.
Dr.Dodon
Laman Web Penternakan

0 Komen: