* Tanya Vet. Anda *



Wednesday, August 13, 2008

Sebuah kisah yang menyayat hati : Ibu mati setelah mengalami kematian anak dalam 'rahim'...

Ibu mati setelah mengalami kematian anak dalam 'rahim', kesian rusa ini...


Sejarah / Latarbelakang

Ladang mengamalkan penternakan secara ekstensif, lepas bebas meragut di kawasan padang ragutan. Setiap pagi diberikan kosentrat (pallet). Terdapat 48 ekor ternakan rusa.
Seekor rusa betina didapati mati pada pagi 13 ogos 2008.

Pada hari sebelum kematian (12 ogos 2008), rusa berkenaan mengalami distokia (kesukaran untuk beranak), pemeriksaan mendapati anak dalam kandungan telah mati dan terpaksa dikeluarkan secara manual dengan menarik keluar. Anak yang mati dapat dikeluarkan tetapi tali pusat dan uri (placenta) tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.


Pemeriksaan Fizikal (sebelum Post Mortem)

Penemuan pemeriksaan fizikal sebelum post mortem :
1. Keadaan bangkai - baik
2. Bulu sedikit kusut.
3. Konjungtiva & gusi sedikit mengalami haemoraj
4. Bahagian abdomen kembung
5. Placenta sepanjang 10-15cm terkeluar melalui vulva yang sedikit mengalami pembengkakan
6. Tempoh kematian dijangkakan antara 8-12 jam.

Placenta terkeluar daripada sistem peranakan, vulva sedikit bengkak.


Penemuan post mortem

Penemuan lesi semasa post mortem :-
1. Keseluruhan organ slightly haemorrhage.
2. Paru-paru - Kosistensi paru-paru normal tetapi sedikit mengalami hemoraj.
3. Jantung, hati, ginjal & Limpa - Normal
4. Uterus - Permukaan luar kelihatan pucat, tidak membengkak. Keratan mendapati terdapat 'uri' dan placenta yang masih melekat pada dinding uterus. Kandungan uterus juga berbau busuk.

Keseluruhan organ mengalami hemoraj.


Keadaan paru-paru yang mengalami hemoraj


'Uri' masih terlekat pada uterus dan berbau busuk


Diagnosis

Disyaki mati akibat pregnancy toxemia

Dr. Dodon
www.dodon.org

0 Komen: