* Tanya Vet. Anda *



Friday, June 27, 2008

Rusa bergelimpangan mati di bawah pohonan kayu..

Rusa bergelimpangan mati di bawah pohonan kayu..


Rusa dalam gambar dibawah bukanlah sedang tidur beramai-ramai, tidak juga sedang bergurau senda atau 'posing' untuk diambil gambar tetapi rusa-rusa ini telah menemui ajal di bawah pohon itu. Bukan seekor atau 4 ekor tetapi belasan lagi mati dalam kawasan yang sama dan dengan tanda klinikal yang serupa.

Kesian rusa-rusa ini mati sia-sia dek sambaran petir..
Kenapakah ia berlaku? Pernahkah anda melihat sekumpulan ternakan mati 'bergelimpangan' seumpama ini dalam padok?..

Kes kematian ini adalah kejadian benar yang berlaku di sebuah ladang di Johor. Menurut pemilik ladang beberapa ekor rusanya mati mengejut di sekitar kawasan pohon kayu yang menjadi teduhan ternakan terbabit. Tiada sejarah tentang tanda-tanda sakit sebelum kematian, malahan ternakan tersebut dalam keadaan sihat dan mempunyai skor badan yang ideal. Tidak pernah berlaku kejadian seumpama sebelum ini. Beliau juga melaporkan tentang kejadian hujan-petir pada malam sebelum kematian itu berlaku.

Pemeriksaan

Pemeriksaan sedang dijalankan oleh veterinarian

Penemuan pemeriksaan :-

1. Kesemua mati dalam keadaan terbaring 2. Keadaan bangkai badan baik. Dijangkakan kematian berlaku kurang 8 jam sebelum ditemui mati. 3. Hampir kesemua ada tanda 'burn mark' (tanda terbakar - lebam hitam) pada badan. 4. Pendarahan pada rongga hidung, telinga dan mata. 5. Mata kemerahan dan 'terjojol' keluar 6. Kesemua bangkai ditemui di kawasan yang sama iaitu sekitar pokok teduhan.



Cecair bercampur darah kelur daripada hidung.


Konjungtiva mata mengalami hemoraj dan bengkak



Senarai Diagnosis Keberangkalian bagi kes kematian mengejut :-

1. Lightening strike (disambar petir)
2. Blackleg (terdapat tanda kekejangan pada bangkai)
3. Serangan Blood Protozoa (ada tanda-tanda klinikal bbrp hari sebelum kematian)
4. Bloat/Kembung (tanda kembung pada bangkai)
5. Patukan ular berbisa (terdapat tanda patukan pada mana-mana bahagian badan)
6. Keracunan (tanda diarea dan bahan beracun di sekitar kawasan kematian)
7. Anthrax (kematian tidak semestinya pada satu kawasan yang sama)
8. Mati dibunuh? - tembakan, tetakan, sembelihan dll


Kesimpulan

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan tersebut dapat disimpulakan bahawa kematian rusa-rusa itu adalah disebabkan oleh 'sambaran kilat' (lightening strike). Kejadian seumpama ini biasa berlaku pada ternakan yang dilepaskan meragut dalam padok. Dalam kes ini hujan-petir yang berlaku pada malam sebelumnya kemungkinan telah 'memanah' pohon kayu dimana rusa-rusa tersebut berteduh, biasan cas-cas elektrik daripada panahan petir tersebut mengenai sebahagian rusa dan membawa kepada kematian.



Tindakan ?
  • Jangan panik
  • Tidak perlu lakukan post mortem bagi kematian akibat 'lightening strike'
  • Musnahkan bangkai - tidak boleh dimakan kerana tidak disembelih ;)
  • Masukkan ternakan dalam kadang sekiranya hujan-petir berlaku
  • Sekiranya tidak pasti tentang punca kematian - panggil pegawai veterinar daripada Jabatan perkhidmatan Veterinar untuk pengesahan.

PS: Petir akan menyambar bahagian yang paling tinggi pada sesuatu struktur/pokok, cas-cas elektriknya yang bervoltan tinggi akan dibiaskan pada struktur-struktur sekitarnya. So, jangan berteduh dibawah pokok (walaupun pohon rendang) pada waktu hujan-petir berlaku.

0 Komen: