* Tanya Vet. Anda *



Tuesday, January 22, 2008

Ubat: Vitamin K3

VITAMIN K3

Vitamin K merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak, ia menggalakkan pembentukan prothrombin dalam sistem peredaran darah. Prothrombin merupakan unsur penting dalam pembekuan darah, ketiadaannya akan melambatkan proses pembekuan darah dan seterusnya menyebabkan kehilangan darah yang berlebihan.


Ternakan mendapat bekalan vitamin K daripada tumbuhan hijau, walaubagaimanapun dalam kes pendarahan yang akut, pemberian vitamin K perlu dilakukan bagi memberhentikan pendarahan dengan segera.


Dilapangan, penggunaan vitamin K disyorkan bagi kes-kes berikut:

1. Selepas melakukan pembedahan major (mengawal pendarahan)
2. Kes luka/kemalangan yang menyebabkan pendarahan (mengawal pendarahan)
3. Cacing hati (mengurangkan risiko pendarahan dalam hati)
4. Kes koksidiosis (mengawal pendarahan dalam usus - diberikan bersama ubat anti-coccidia)



Dos bagi Lembu dan kambing:

* Kawal pendarahan
1mg/kg ; (1ml/50kg), Suntikan i.v, i.m atau oral.

* Rawatan pendarahan
1mg/kg ; (4ml/100kg), ulang suntikan selepas 8-10 jam pada dos yang lebih rendah (2ml/100kg). Suntikan i.v atau i.m.



Nota:
Dalam perubatan manusia, kajian berkaitan penggunaan vitamin K sebagai alternatif kepada rawatan kanser sedang giat dijalankan. Mungkinkah vitamin K akan digunakan sebagai penawar kanser pada ternakan pada masa akan datang?...

0 Komen: