* Tanya Vet. Anda *



Tuesday, November 13, 2007

Nyah Tanduk

Teknik-teknik nyahtanduk :-
a. Nyahtanduk menggunakan dehorning paste

Tunas tanduk anak lembu dikikis menggunakan pisau atau gunting.

Dehorning paste 'disapukan' pada tunas tanduk yang telah dikikis.

b. Nyahtanduk menggunakan embryotome wire

Embryotome wire akan digunakan untuk memotong tanduk yang telah memanjang.

Keadaan tanduk yang telah dipotong dengan menggunakan embryotome wire.


c. Nyatanduk menggunakan hot iron

Mematikan tunas tanduk menggunakan hot iron

Keadaan tanduk selepas nyahtanduk menggunakan hot iron.

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK : Integrasi Lembu Pedaging 3

TIPS 3. Pengurusan Kesihatan ternakan integrasi

a) Hanya ternakan yang pasti bebas penyakit dibawa masuk ke dalam gerompok baru.
b) lakukan saringan darah untuk penyakit berekonomik seperti Bruselosis, Johnes dan tuberkulosis sekali setahun.
c) Dapatkan khidmat pengembangan veterinar daipada Pihak Berkuasa Veterinar yang berdekatan
d) Lakukan program vaksinasi bagi penyakit Bruselosis, Haemorrhagic Septicemia dan F.M.D setahun sekali.



e) Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan dan dirawat dengan segera.
f) Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan.
g) Perhatikan withdrawal period antibtiotik dan ubat-ubat lain mengikut garis panduan pengeluar.
h) Laporkan dengan segera sekiranya mengesyaki teranakan dijangkiti penyakit atau wabak berbahaya. Asingkan lembu dengan segera.
i) Laporkan kematian kepada pihak berkuasa veterinar terdekat agar bedah siasat dapat dijalankan. Tanam bangkai.
j) Penggunakan ubat-ubatan atas nasihat pegawai bertauliah.

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK : Integrasi Lembu Pedaging 2

TIPS 2. Pengurusan Ternakan integrasi

a) Pemilihan baka yang baik dengan nisbah 1 jantan untuk setiap 20 ekor betina, bermaksud jika mempunyai 200 ekor betina, perlukan 10 ekor jantan.
b) Pemilihan ternakan yang bebas penyakit. Ternakan baru perlu dikuarantin selama 2 minggu dalam kawasan berasingan.
c) Anak baru lahir perlu dipastikan mendapat kolostrum (dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran)
d) Pusat anak yang baru lahir disapu atau sembur dengan antiseptik seperti iodin (12 jam pertama).
e) Cerai susu anak lembu pada umur 6-12 bulan.
f) Lembu dara dibiakkan pada umur 10-24 bulan atau berat badan mencapai 180-220kg.
g) Penjantan dibiakkan pada umur matang iaitu 30-36 bulan atau berat badan 200-250kg.
h) Ibu yang lepas beranak akan dibiakkan semula selepas 60-90 hari atau selepas 3 kali pusingan biang.


i) Prestasi kadar kelahiran antara 65% - 85%
j) Kadar kematian anak kurang daripada 10%
k) Kematian dewasa kurang 3%
l) Purata kematian gerompok kurang 5 %
m) Pengurusan pemakanan yang seimbang, kadar pengambilan rumput mestilah 10% daripada berat badan.
n) Purata kadar pertumbuhan berat badan harian (ADG) anak 0.35-1.0kg/hari
o) 1 ekor untuk setiap 4 hektar, bermakna 400 hektar tanah boleh memuatkan 100 ekor lembu. p) Amalkan ragutan pusingan, masa untuk satu pusingan adalah 60-120 hari (purata 90 hari).
q) Pengangkutan mengunakan lori yang sesuai dan ruang untuk setiap lembu antara 15 – 20 kaki persegi.
r) Kebajikan ternakan dititikberatkan semasa pengangkutan. Beri antistress/multi vitamin 7 hari sebelum/selepas pengangkutan atau pemindahan.

akan datang "Pengurusan kesihatan ternakan integrasi"

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK : Integrasi Lembu Pedaging 1

Ingin memulakan penternakan integrasi Lembu pedaging?...

Anda pasti tertanya-tanya apakah keperluan-keperluan penting yang perlu diambil kira bagi
mewujudkan sebuah ladang atau kawasan penternakan secara integrasi lembu pedaging. Betulkan?

Senarai TIPS berikut mengungkap beberapa kreteria-kreteria penting bagi amalan perladangan yang baik. Sumber maklumat didapati daripada buku "Amalan perladangan Ternakan yang baik; Integrasi Lembu Pedaging" yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.


TIPS 1. Lokasi ladang dan prasarana

a) Kandang yang bersesuaian dan diperbuat daripada bahan yang tahan.
b) Kawasan penternakan mestilah sekurang-kurangnya 5km dari kawasan kediaman.
c) Jalan ladang yang sempurna dan boleh dilalui oleh kenderaan.
d) Terdapat sumber air yang bersih dan memiliki tempat penyimpanan air.
e) Memiliki sekurang-kurangnya 2 set pagar elektrik yang lengkap (Energiser, wire, tiang dan bateri)
f) Kemudahan koral yang baik dan boleh menampung 200-300 ekor lembu dan berada di tempat yang strategik.


akan datang 'pengurusan ternakan integrasi'