Gusi pucat
Perut buncit
Kuat makan tapi kurus
Bulu kusut
Diarea (Berak cair)
Bengkak bawah dagu
Pernahkah anda mengalami ternakan yang menunjukkan tanda-tanda di atas?...
Ia merupakan tanda-tanda ketara masalah kecacingan pada ternakan. Ternakan yang mengalami kecacingan boleh menunjukkan kesemua tanda tersebut atau sebahagian daripadanya.
Kecacingan merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh penternak yang mengamalkan sistem pemeliharaan ekstensif, semi intensif dan integrasi. Masalah ini dikatakan penting kerana ia boleh menyebabkan kemerosotan produksi ladang akibat kematian ternakan.
Kerugian akibat kecacingan boleh dikurangkan sekiranya teknik pencegahan yang betul dapat diamalkan..
Kecacingan pada ruminan adalah disebabkan oleh serangan cacing daripada kumpulan nematode, cestode dan trematode terutamanya haemonchus contortus, Trychostrongylus, oesophagostostomum, cooperia dan strogyle lain.
Tanda-tanda awal ternakan mengalami kecacingan adalah pucat, bulu kusut dan diarea (berak cair), diikuti tanda perut buncit, bengkak bawah dagu dan kurus. Sekiranya ternakan tidak dirawat ia akan menjadi lemah dan akhirnya mati.
Pengesahan kecacingan boleh dilakukan dengan ujian pengiraan telur cacing pada tinja ternakan yang disyaki mengalami kecacingan. Untuk tujuan ini sampel tinja yang segar perlu diambil daripada rektum ternakan secara individu. Sekiranya melakukan saringan kecacingan keatas sekelompok ternakan, ambil sampel tinja sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah ternakan. Ternakan yang menunjukkan kiraan telur cacing melebihi 500 epg (egg per gram) perlu diberikan rawatan dengan menggunakan ubat nyahcacing yang disyorkan.
Baca lebih lanjut tentang teknik-teknik pencegahan kecacingan pada ruminan...
Info lanjut klik sini
Dr. Dodon
http://www.dodon.org/
Wednesday, September 26, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
