* Tanya Vet. Anda *



Monday, April 30, 2007

"STOMACH TUBING"

Stomach tubing bermakna aktiviti memasukan tiub perut ke dalam perut (rumen) untuk tujuan tertentu. Dalam penternakan ia digunakan untuk merawat masalah kembung. Tiub dimasukan kedalam mulut, esofagus sehingga ke rumen untuk mengeluarkan gas yang terkumpul.

baca lebih lanjut: http://www.dodon.org/artikel/STOMACHTUBING.pdf

Wednesday, April 25, 2007

HERNIA (Herniation)


"Doc, 2 ekor anak lembu ade masalah hernia kat unit pedaging ler"...Pn Hawa bagitau kat aku & Dr. Aidi,..
"ok don't worry nanti kita ramai-ramai bedah".. :p

Apa itu hernia?
Penonjolan keluar sebarang organ/tisu dari rongga abdomen melalui pembukaan/lubang semulajadi
(e.g. pusat) @ lubang akibat kemalangan atau secara fisiologi pada dindingnya dimana organ/tisu tersebut masih dilindungi oleh peritoneum, subkutis & kulit.


Bahagian-bahagian hernia?
1. Cecincin (ring)
• Pembukaan/lubang (opening) dlm dinding berotot abdomen. Pelbagai bentuk (bulat, bujur) & pelbagai saiz
2. Kerandut hernia (hernia sac)
•Terdiri drp kulit, subkutis, peritoneum
3. Kandungan (contents)
•usus, omentum, perut, uterus
•pundi kencing,
•limpa & hati (melalui diafragma)

Rawatan
Biasanya masalah hernia memerlukan rawatan pembedahan.


Prosedur pembedahan adalah:-
(a)Sebelum
1. Kekang ternakan
2. Cukur kawasan hernia (3cm sekeliling hernia).
3. Lakukan bius setempat di sekeliling hernia sac (ring blok), menggunakan Lignoaine atau Lurocaine.
4. Disinfek - Mula-mula menggunakan hibiscrub, kemudian alkohol, dan akhir sekali sapu dengan iodin.





(b) Pembedahan
1. Hiris kulit sekeliling hernia sac (bentuk C)
2. Lakukan 'blunt disection' untuk memisahkan kulit daripada sac hernia.
3. dedahkan sac & periksa. Hiris bahagian penghujung (tip) sac degan berhati-hati.
4. perhatikan kandungan sac dan tolak kembali kedalam abdomen.
5. Potong sac dan potong tepi cecincin (darahkan).
6. Jahit sac menggunakan benang mudah serap (simple intteruppted suture pattern).
Jahit subkutis (Cushing suture pattern)
Jahit kulit menggunakan benang nyon (simple interuppted suture pattern @ horizontal mattress suture pattern)





(c) Selepas pembedahan
1. Sembur kawasan luka pembedahan dengan iodin dan fly repallent
2. Suntik antibiotik (Long acting)
3. Periksa kawasan jahitan setiap hari. Pastikan benang jahitan tidak terputus.
4. buka jahitan selepas 10-14 hari

Pembedahan selesai selepas hampir 3 jam tercangkung-cangkung membuat pembedahan. sekejap aku, sekejap dr Aidi..gilir-gilir-kerja sama-sama. Malam tu pinggang aku macam nak tercabut..nasib baik tak patah haha. hmm begitulah seharusnya perjuangan kita "Berkhidmat demi kebajikan ternakan dan kesejahteraan umat manusia"...

ps: anak lembu tersebut kini hidup gembira, masa depan si anak lembu lebih terjamin. terima kasih kepada staf-staf yang telah membantu.

Baca lebih lanjt: http://www.dodon.org/artikel/Hernia.pdf


Monday, April 23, 2007

CD Panduan & Contoh Kertas Kerja Penternakan



Atas permintaan ramai untuk mendapatkan panduan membuat kertas kerja, kini CD Panduan & Contoh Kertas kerja Penternakan boleh ditempah secara online di www.dodon.org.


Kandungan CD Panduan & Contoh kertas Kerja:

1. Panduan umum menulis rancangan perniagaan - 16ms format pdf
(160kb)
- Panduan yang komprehensif dan menyeluruh. Menerangkan teknik dan
format penulisan kertas kerja secara terperinci namun mudah difahami.

2. Contoh Kertas kerja penternakan (Penternakan kambing) - 30ms
format .pdf dan .doc (304kb)
- Ditulis secara menyeluruh berdasarkan kepada panduan diatas.
Ia siap untuk digunakan, hanya ubah beberapa maklumat seperti
nama syarikat, alamat dan lain-lain mengikut kesesuaian anda.

2. Bonus
- Panduan kesihatan gerompok kambing. Percuma
- Slaid-slaid berkaitan penternakan kambing. Percuma
- Manual Penternakan lembu fidlot (oleh JPH). Percuma

Tujuan penjualan CD panduan ini bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata. Dana terkumpul hasil penjualan Cd tersebut akan digunakan untuk memantapkan lagi laman web penternakan www.dodon.org . Kena ingat, sewa tapak web dan domain kena bayar. Bil internet pun kena bayar. Jadi inilah satu-satunya cara kami mendapatkan dana agar laman web penternakan terus kekal memberi info-info berkaitan penternakan.
Semoga kalian memahami dan memberi kerjasama.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi http://www.dodon.org/contact.html

Dr. Dodon
www.dodon.org
Laman Web Penternakan

Thursday, April 12, 2007

Pemotongan kuku ternakan..


Pentingkah? kenapa perlu melakukan pemotongan kuku ternakan?...

Penternak yang baru menceburkan diri dalam bidang penternakan sering mengutarakan pertanyaan² tersebut. Ada juga yang mengabaikan atau tidak ambil kisah tentang pengurusan kuku ternakan. Malahan ada ladang yang kaya dengan ternakan 'berkasut aladin'. Persoalannya, adakah pemotongan (trimming) kuku ternakan itu penting? dan apakah kebaikan pemotongan kuku?


Ternakan memerlukan kuku yang boleh bertapak dengan baik, kemas supaya dapat berjalan jauh untuk meragut. Juga membolehkan mereka memanjat/mengawan dengan sempurna.

Sekiranya kuku ternakan tidak diurus (dipotong) ia akan tumbuh memanjang seperti 'kasut aladin'. Keadaan ini akan mendedahkan ternakan kepada masalah buruk kuku (foot rot). Foot rot adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Fusoformis nodusus. Bahagian kuku yang dijangkiti akan bernanah dan sakit, ternakan tempang dan tidak dapat berjalan jauh untuk meragut menyebabkannya tidak mendapat rumput yang segar. Selain itu, ia akan menghadapi masalah untuk mengawan, akibatnya pembiakan terbantut. Jika tidak dirawat kemungkinana ternakan akan mengalami toksemia dan akhirnya mati. Perkara ini tentu merugikan penternak.


Melihat kepada senario diatas, dapat dilihat bahawa masalah kuku yang dianggap remeh memberi impak yang besar kepada ekonomi sesebuah ladang. Jestru itu pengurusan kuku ternakan perlu diambil perhatian dan dilaksanakan.


dapatkan artikel penuh tentang topik ini (akan datang...)

Artikel dan nota panduan tentang penternakan...

Antara artikel-artikel terpilih:

+ Ubat & peralatan asas
+ Resipi masakan istimewa

+ Contoh kertas kerja
+ Asas Rawatan penyakit kambing/bebiri slaid

+ Rawatan tradisional Ternakan
+ Penyakit lazim lembu: Rawatan dan kawalan

+ Gambar baka-baka lembu
+ Gambar baka-baka kambing/Bebiri

dan banyak lagi...

semoga artikel-artikel dan nota-nota tersebut memberi sedikit sebanyak panduan kepada kalian...
sekurang-kurangnya satu atau dua artikel berkaitan penternakan akan diterbitkan setiap bulan. Pastikan anda menjadi orang pertama membaca artikel terbaru www.dodon.org dengan menyertai kelab penternakan dodon.org.

Maju lah penternakan untuk semua

Salam penternakan
Dr. Dodon

Tuesday, April 10, 2007

Salam Penternakan...

Blog Penternakan Lembu-Kambing (www.lembu-kambing.blogspot.com) ini dibina khas untuk memamaparkan update-update terkini dalam Laman Web Penternakan (www.dodon.org.) Semoga ia memberi kebaikan kepada sesiapapun yang berminat dengan bidang penternakan.


"BERKHIDMAT DEMI KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA DAN KEBAJIKAN TERNAKAN..."


Salam Penternakan kepada semua

**********************
Dr. Dodon
www.dodon.org
(Laman Web Penternakan)
www.lembu-kambing.blogspot.com
(Blog Penternakan LemBing)
********************************