Pentingkah? kenapa perlu melakukan pemotongan kuku ternakan?...
Penternak yang baru menceburkan diri dalam bidang penternakan sering mengutarakan pertanyaan² tersebut. Ada juga yang mengabaikan atau tidak ambil kisah tentang pengurusan kuku ternakan. Malahan ada ladang yang kaya dengan ternakan 'berkasut aladin'. Persoalannya, adakah pemotongan (trimming) kuku ternakan itu penting? dan apakah kebaikan pemotongan kuku?

Ternakan memerlukan kuku yang boleh bertapak dengan baik, kemas supaya dapat berjalan jauh untuk meragut. Juga membolehkan mereka memanjat/mengawan dengan sempurna.
Sekiranya kuku ternakan tidak diurus (dipotong) ia akan tumbuh memanjang seperti 'kasut aladin'. Keadaan ini akan mendedahkan ternakan kepada masalah buruk kuku (foot rot). Foot rot adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Fusoformis nodusus. Bahagian kuku yang dijangkiti akan bernanah dan sakit, ternakan tempang dan tidak dapat berjalan jauh untuk meragut menyebabkannya tidak mendapat rumput yang segar. Selain itu, ia akan menghadapi masalah untuk mengawan, akibatnya pembiakan terbantut. Jika tidak dirawat kemungkinana ternakan akan mengalami toksemia dan akhirnya mati. Perkara ini tentu merugikan penternak.
Melihat kepada senario diatas, dapat dilihat bahawa masalah kuku yang dianggap remeh memberi impak yang besar kepada ekonomi sesebuah ladang. Jestru itu pengurusan kuku ternakan perlu diambil perhatian dan dilaksanakan.
dapatkan artikel penuh tentang topik ini (akan datang...)

0 Komen:
Post a Comment