Wednesday, August 5, 2009
Tuesday, May 5, 2009
FMD
Foot And Mouth (FMD) = penyakit kuku dan mulutF
Pengenalan
* Sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh virus.
* Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, bebiri dan babi.
* Haiwan liar seperti rusa dan kijang juga boleh mengidapi penyakit
ini.
Tanda-tanda
* Demam dengan suhu yang tinggi
* Hilang selera kerana kesakitan mulut dan tidak dapat meragut rumput
* Air liur pekat meleleh berjela dari mulut
* Melepuh dan berkudis pada kulit selaput dihidung, bibir, gusi dan lidah ; kadangkala pada puting susu
* Berkudis dicelah kuku kaki, menyebabkan ternakan berjalan tempang
Cara perebakan
* Penyakit ini mudah merebak; melalui air liur yang diterbangkan oleh
angin, atau cecair kudis dan darah yang tersentuh dari ternakan yang sakit atau melalui air minum dan makanan yang berjangkit.
* Kuman virus yang sangat halus boleh juga dibawa oleh manusia, kenderaan, pakaian, kasut, peralatan ladang dan lain-lain.
Kepentingan mengawal FMD
* ia memberi kesan ekonomik dan menjejaskan perusahaan ternakan negara ini.
* Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus
dan tidak produktif.
* Anakyang dijangkiti akan terbantut dan boleh membawa maut.
* induk lembu yang sedang mengeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya.
* Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang
yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.
* Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas FMD.
Pencegahan dan kawalan
* Penyakit FMDPenyakit ini tidak boleh diubati.
* boleh dicegah dan dikawal dari merebak.
* Antara cara cara kawalan atau pencegahan penyakit ialah :
- Suntikan vaksin oleh (JPV)
- Tambatkan ternakan yang disyaki berpenyakit.
- Laporkan dengan segera kepada Pegawai di Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan
- Apabila disahkan berlakunya FMD dikawasan anda, jangan biarkan ternakan berkeliaran dimerata tempat. Kurung atau tambatkan ternakan, jauh dari ternakan yang belum dijangkiti penyakit.
- Jangan sekali kali memindahkan ternakan anda dari satu kampung ke kampung yang lain
- Jangan sembelih ternakan yang sakit. Sekiranya ternakan anda mati, laporkan segera kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
- Ternakan yang sakit tidak akan dirampas atau dibunuh. Penternak akan dibenarkan memeliharanya, tetapi perlulah ditambat atau dikurung sehingga penyakit itu sembuh.

Tuesday, November 18, 2008
PEMENANG PERADUAN MENULIS ARTIKEL
TAHNIAH!..
Peraduan menulis artikel penternakan untuk bulan Oktober dimenangi oleh Siti Syazana binti Ahmad, seorang pelajar Sijil Veterinar Malaysia, IVM. Pemenang memenangi hadiah RM50 tunai.
Bagi yang tidak menang jangan bersedih hati kerana peraduan ini masih dibuka, sila hantarkan artikel anda untuk dinilai bagi bulan november. Hantarkan artikel anda kepada dodon[at]dodon.org, siapa tahu, mungkin ada akan menang kali ini.. ;)
ps terima kasih kepada semua yang sudi menghantar artikel. Tahniah kepada yang berjaya..
Dr. Dodon
Laman Web Penternakan

Tuesday, September 9, 2008
Kes : Distokia (kesukaran untuk beranak)
SOALAN
Doc, bagaimana untuk handle atau prepare lembu yg menghadapi komplikasi melahirkan anak lembu
Guest
Bagaimana jika ibu lembu mengalami komplikasi melahirkan anak lembu, mati dlm kandungan, cara untuk avoid this things ?
rays
.
JAWAPAN
Dua pertanyaan diatas adalah menjurus kepada masalah distokia. Distokia adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan ternakan yang mengalami kesukaran untuk beranak.
Biasanya distokia berlaku apabila anak dalam kandungan berada pada
(1) posisi yang abnormal, contoh kaki belakang keluar dahulu, leher anak lembu terpulas kebelakang yang menyebabkan ia tersangkut dibahagian tulang pelvik.
(2) Selain itu, anak lembu terlalu besar - baka penjantan bersaiz besar berbanding betina (cth penjantan droughmaster 'dikawinkan dengan lembu betina KK).
(3) atau salur pelvik (pelvic canal) terlalu sempit, ini biasanya berlaku pada lembu yang beranak pertama kali (heifer).
(4) Ketidakupayaan dinding uterus ibu lembu untuk menolak anak keluar semasa proses kelahiran
Jadi bagaimanakah untuk mengatasi sekiranya berlaku distokia ?
Cara rawatan adalah bergantung kepada penyebab distokia itu sendiri, bagi masalah
(1) posisi anak lembu perlu diperbetulkan, dimana kepala dan dua kaki hadapannya keluar dahulu. Ianya dilakukan dengan memasukkan tangan (pakai gloves yang disapu pelincir, cth cecair parafin) ke dalam melalui vagina lembu dan membetulkan kedudukan anak lembu secara manual. Setelah diperbetulkan barulah anak lembu tadi di tarik keluar secara perlahan-lahan mengikut tempo ibu lembu meneran ( dilihat melalui penguncupan uterus-dinding abdomen).
(2) dan (3) perlu melakukan pembedahan caeserean untuk mengeluarkan anak. dilakukan Veterinar yang berkepakaran.
(4) Jika pemeriksaan mendapati posisi anak dalam keadaan normal dan saiznya tidak terlalu besar atau salur pelvik tidak sempit maka perlulah menyuntik hormon oksitosin (oxytocin) untuk merangsang penguncupan (meneran) dinding uterus agar anak lembu tadi dapat dikeluarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, bantu keluarkan anak dengan cara menarik kedua-dua kaki hadapan anak lembu secara manual.
Pencegahan ?

- Jangan biakkan lembu yang ada sejarah mengalami distokia.
- Biakkan heifer (lembu dara) yang benar-benar matang dan cukup beratnya.
- Jangan inseminate (A.I) lembu baka kecil dengan semen baka penjantan bersaiz besar!
- Jangan overfeeding - takut nanti saiz anak terlalu besar..
Gambar-Gambar akan dimasukkan kemudian..
Subscribe to:
Posts (Atom)